Monday 25 February 2019

BORANG PENILAIAN PENDIDIKAN KESENIAN (MUZIK) TAHUN 3: DETIK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi cara saya menilai murid saya.

Di sekolah saya, saya tidak menjalankan ujian bertulis. Jadi, saya telah menghasilkan borang penilaian untuk amali. 

Berikut merupakan cara saya menilai mereka.

Ini merupakan borang penilaian dalam bentuk Microsoft Words

 Sila klik link ini untuk mendapatkan dokumen dalam bentuk Microsoft Words.


Ini merupakan borang penilaian dalam bentuk Microsoft Excel.
 Sila klik link ini untuk mendapatkan dokumen dalam bentuk Microsoft Excel.

Berikut adalah contoh saya mengisi penilaian saya dari segi pemerhatian ketika pdp dijalankan.

Anda boleh menggunakan borang yang sama untuk mana-mana Tahun dan tajuk lagu. Hanya perlu tukarkan tajuknya.

Semoga saya dapat membantu anda. 

Terima kasih kerana membaca.

BORANG PENILAIAN PENDIDIKAN KESENIAN (MUZIK) TAHUN 3: NYANYIAN (TUT-TUT KERETA API)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi cara saya menilai murid saya.

Di sekolah saya, saya tidak menjalankan ujian bertulis. Jadi, saya telah menghasilkan borang penilaian untuk amali. 

Berikut merupakan cara saya menilai mereka.



Anda boleh menggunakan borang yang sama untuk mana-mana Tahun dan tajuk lagu. Hanya perlu tukarkan tajuknya.

Semoga saya dapat membantu anda. 

Terima kasih kerana membaca.

Pendidikan Kesenian (Muzik) Tahun 3: Nyanyian & Tepukan Detik “Kita Satu Keluarga”

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 3 saya menyanyikan lagu “Kita Satu Keluarga” sambil menepuk detik.



Untuk pengetahuan anda, saya telah menggabungkan 2 kelas Tahun 3 yang terdiri daripada kelas pertama dan kelas terakhir. Pdp menjadi lebih mencabar kerana jumlah murid adalah dua kali ganda dan tahap kedua-dua kelas adalah sangat berbeza. 



Tidak semua murid dapat menepuk atau bergerak mengikut detik pada tempo yang konsisten. Walau bagaimanapun, kemahiran ini mengambil masa jika seseorang itu tidak dapat merasakan detik. Jangan putus asa, biarkan mereka terus mencuba.


Saya juga mula menilai murid ketika pdp ini.
PENILAIAN
1. Nyanyian (sama ada murid boleh menyanyi pada pic yang tepat)
2. Detik (sama ada murid boleh menepuk detik lagu dengan tempo yang konsisten)


Bagaimana saya menilai mereka?
SECARA PEMERHATIAN


Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

Wednesday 20 February 2019

Mini Whiteboard

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi sebuah alat bantuan mengajar.

MINI WHITEBOARD

Terdiri daripada 4 corak & warna.
Sebesar buku tulis murid. 


Mini Whiteboard ini boleh digunakan ketika mengajar corak irama.

1. Guru membaca sebutan notasi corak irama dan murid diminta menulis semula notasi corak irama.
2. Guru menepuk corak irama dan murid diminta menulis semula notasi corak irama.
3. Murid-murid diminta mencipta corak irama dengan menulis di mini whiteboard ini.



Sebuah hanya RM2.50. Sesiapa ingin membelinya boleh hubungi saya.


BORANG PENILAIAN PENDIDIKAN KESENIAN (MUZIK) TAHUN 1: NYANYIAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi cara saya menilai murid saya.

Salah seorang daripada rakan sekelas saya ketika di maktab perguruan telah whatsapp saya dan bertanyakan jika saya mempunyai borang penilaian. 

Di sekolah saya, saya tidak menjalankan ujian bertulis. Jadi, saya telah menghasilkan borang penilaian untuk amali. 

Berikut merupakan cara saya menilai mereka.



Anda boleh menggunakan borang yang sama untuk mana-mana Tahun dan tajuk lagu. Hanya perlu tukarkan tajuknya.

Semoga saya dapat membantu anda. 

Terima kasih kerana membaca.

Tuesday 19 February 2019

Kereta Api Corak Irama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya telah menghasilkan "Kereta Api Corak Irama" yang boleh digunakan ketika pdp.

"Kereta Api Corak Irama" ini boleh di cetak dan di laminate kemudian ditampal di bilik muzik untuk digunakan ketika pdp.








Saya berharap kad imbasan ini dapat membantu anda. Saya akan memuat naikkan lagi pada keesokan hari. 

Terima kasih kerana membaca. 


Monday 18 February 2019

Rancangan Pengajaran Tahunan (Pendidikan Kesenian Muzik Tahun 3) 2019


Rancangan Pengajaran Tahunan (Pendidikan Kesenian Muzik Tahun 3)
SEMESTER 1 (2019)

Click the link below for the document.


Saya telah mendapat RPT ini daripada JUK Muzik Kedah iaitu Rozana binti Samaon.

Semoga dapat membantu anda semua.

Thank you for following my blog.

Pendidikan Kesenian (Muzik) Tahun 3: Nyanyian Lagu "Kita Satu Keluarga"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 3 saya menyanyikan lagu “Kita Satu Keluarga”.


Untuk pengetahuan anda, saya telah menggabungkan 2 kelas Tahun 3 yang terdiri daripada kelas pertama dan kelas terakhir. Ini dapat menunjukkan bahawa muzik adalah mudah dan dapat dipelajari oleh semua. Muzik juga merupakan salah satu matapelajaran di mana murid-murid dapat bersuka ria dan bergembira.



Saya telah menyanyikan baris demi baris dan murid-murid diminta mengajuk nyanyian saya.


Kebaikan teknik ini adalah:

1. Mereka dapat menggunakan pendengaran kemudian mengimitasi pic berdasarkan apa yang mereka dengar.

Ini dapat melatih pendengaran mereka. Mereka perlu mendengar mainan melodi pada keyboard dengan peka. Kemudian, mereka perlu nyanyikan berdasarkan apa yang mereka dengar. Tidak semua murid mempunyai kelebihan sebegini. Walau bagaimanapun, skil pendengaran ini boleh diajar dan diasah jika teknik pengajaran ini dilakukan kerap kali.



Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

Sunday 17 February 2019

Kad Imbasan Corak Irama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya telah menerima sebuah permintaan daripada seorang guru muzik untuk menghasilkan kad imbasan corak irama untuk digunakan ketika pdp.

Dengan ini, saya telah menghasilkan beberapa jenis kad imbasan yang boleh digunakan untuk mengajar corak irama di dalam bilik darjah.

Anda hanya perlu mencetakkannya, mengguntingkannya dan laminate supaya ianya tahan lama dan dapat digunakan untuk tempoh masa yang panjang. 

Kad imbasan tanda rehat krocet dengan sebutan "sa" atau menggunakan bunyi "shhh".

Kad imbasan krocet dengan sebutan "ta".

Kad imbasan minim dengan sebutan "taa-aa".


Kad imbasan kuaver dengan sebutan "ti-ti".

Ini merupakan kad-kad imbasan asas yang dapat digunakan ketika mengajar murid-murid Tahun 1 sehingga Tahun 6.


Saya berharap saya telah dapat membantu anda semua.


Terima kasih kerana membaca dan memberi respon terhadap blog saya.


Saturday 16 February 2019

YAMAHA Music Time Book One: Refreshment of Introduction

Assalamualaikum and a very good evening. Today I would like to share a video on how I teach the keyboard using the Music Time Book One.



These students of mine are in their 3rd year Music Time programme. This is their first class in the year 2019. I have 1 new student which is only in Year 2. So I decided to make a short refreshment on fingering, notes & solfege before I carry on with playing the songs.

Steps:
1. Introducing the right hand & left hand.
2. Introducing the number of fingering.
3. Introducing the middle C on the keyboard.
4. Introducing the technic of putting the fingers on the keyboard.
5. Playing the notes from C to G (Do to So)

I hope I helped a little bit on how to teach the keyboard for beginners.


Thank you for watching and thank you for reading.

Pendidikan Kesenian (Muzik) Tahun 3: “Tut Tut Kereta Api”

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 3 saya menyanyikan lagu “Tut Tut Keretapi”.



Saya telah mengajar lagu ini tanpa mendengarkan keseluruhan lagu kepada mereka. Jadi, saya telah menyanyikan baris demi baris dan murid-murid diminta mengajuk nyanyian saya.

Kebaikan teknik ini adalah mereka dapat menggunakan pendengaran kemudian mengimitasi pic berdasarkan apa yang mereka dengar. Ini dapat melatih pendengaran mereka. Mereka perlu mendengar mainan melodi pada keyboard dengan peka. Kemudian, mereka perlu nyanyikan berdasarkan apa yang mereka dengar. Tidak semua murid mempunyai kelebihan sebegini. Walau bagaimanapun, skil pendengaran ini boleh diajar dan diasah jika teknik pengajaran ini dilakukan kerap kali.



Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

Thursday 14 February 2019

Pendidikan Muzik KSSR Tahun 5: Kasih Ibu Kasih Ayah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 5 saya menyanyikan lagu “Kasih Ibu Kasih Ayah”.

Saya tidak mengajar Tahap 2 pada tahun ini. Saya telah mendapat relief kelas ini kerana guru Muzik tidak hadir. Jadi, saya telah mengajar mereka menyanyikan lagu “Kasih Ibu Kasih Ayah”.

Saya juga telah memperkenalkan tanda masa 4/4 dan 3/4 kepada mereka kerana lagu ini mempunyai perubahan tanda masa.

Saya tidak menekankan teknik menyanyi kerana saya lebih fokuskan kepada pic nyanyian. Walau bagaimanapun, nada lagu ini adalah agak tinggi untuk mereka. Lagu ini adalah dalam C Major. Saya patut menurunkan nada lagu ini.



Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

Pendidikan Kesenian (Muzik) KSSR Tahun 2: Pengenalan 2 Corak Irama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya menepuk 2 buah corak irama mudah.

Kelas ini merupakan salah satu kelas yang agak lemah tetapi dengan menggunakan kad imbasan seperti ini, mereka dapat memahami corak irama dengan lebih baik.

Saya berasa teruja dengan kumpulan ini kerana mereka dapat menghasilkan 2 corak irama menggunakan kad imbasan secara berkumpulan dengan tepat berdasarkan sebutan.

Untuk permulaan, saya hanya akan memperkenalkan not krocet & kuaver supaya mereka dapat mengenal pasti dan membezakan nilai not ini dengan lebih baik sebelum saya memperkenalkan nilai-nilai notasi yang lain.





Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

Wednesday 13 February 2019

Pendidikan Kesenian (Muzik) Tahun 2: Corak Irama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ok, hari ini saya nak kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya mengenali corak irama serta menepuknya dengan menggunakan kad imbasan buatan sendiri.



Kelas ini merupakan salah satu kelas yang agak lemah tetapi dengan menggunakan kad imbasan seperti ini, mereka dapat memahami corak irama dengan lebih baik.



Saya juga menggunakan teknik pengajaran Kodaly dengan menggunakan sebutan "ta", "ti-ti" dan "sa". Murid dapat memahami corak irama dengan lebih mudah dengan menggunakan sebutan ini. Saya tidak menekankan penggunaan nama-nama not kerana ini akan memeningkan mereka. Walau bagaimanapun, kita boleh memperkenalkan dan mengingatkan mereka nama-nama not tersebut. 


krocet bunyinya "ta"
2 kuaver bunyinya "ti-ti"
tanda rehat krocet bunyinya "sa" atau "ssshhhhh"
minim bunyinya "ta-aa"
semibrif bunyinya "ta-aa-aa-aa"



Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

Tuesday 12 February 2019

Pendidikan Kesenian (Muzik) Tahun 2: Nyanyian Lagu "Riang Menyanyi" & "Kami Suka Sayur"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya nak kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya menyanyikan 2 buah lagu iaitu lagu “Riang Menyanyi” dan "Kami Suka Sayur".

Murid-murid telah berjaya menyanyikan lagu "Riang Menyanyi". Jadi, saya terus masuk kepada lagu pertama mereka iaitu "Kami Suka Sayur".

Seperti yang saya katakan sebelum ini, mengajar menyanyi menggunakan alat muzik adalah lebih mudah daripada menggunakan CD mahupun audio kerana kita dapat mengawal perjalanan lagu dan tempo.



Semoga saya dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

Monday 11 February 2019

Pelan Taktikal Pengurusan Kurikulum / Akademik (Pendidikan Muzik)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di sini saya ingin kongsikan Pelan Taktikal Pengurusan Kurikulum / Akademik (Pendidikan Muzik) yang telah saya hasilkan.


Maafkan saya jika terdapat kekurangan.




Semoga dokumen ini dapat membantu anda dalam perancangan panitia.


Terima kasih kerana membaca.

Pendidikan Kesenian (Muzik) Tahun 2: Riang Menyanyi

Matapelajaran: Pendidikan Kesenian (Muzik)
Sukatan: KSSR
Tahun: Tahun 2
Bidang: Nyanyian & Postur
Fokus: Postur
Lagu: Riang Menyanyi


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya nak kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya belajar menyanyikan lagu “Riang Menyanyi”.


Video ini menunjukkan langkah-langkah mengajar menyanyi seperti di bawah:
1. Guru membaca lirik baris demi baris. Murid mengajuk bacaan guru dengan irama yang sama.
2. Guru menyanyikan lagu baris demi baris. Murid mengajuk nyanyian guru dengan pic yang tepat.
3. Guru meminta murid menyanyikan lagu bersama iringan keyboard.


Sila ambil masa ketika mengajar sebuah lagu baru. Pastikan murid-murid sudah sebati dengan lagu yang dipelajari. Ini akan memudahkan pengajaran seterusnya dengan menggunakan lagu yang sama. Jika murid-murid masih teragak-agak dengan melodi lagu yang hendak dinyanyikan, ini akan mengganggu koordinasi mereka sekiranya guru ingin melakukan aktiviti menepuk detik dan sebagainya.


Berikut merupakan video saya:



Semoga saya dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

Saturday 9 February 2019

Pendidikan Kesenian (Muzik) Tahun 2: Postur Nyanyian

Pendidikan Kesenian (Muzik)
Tahun: Tahun 2
Bidang/Fokus: Postur Nyanyian (Berdiri & Duduk)

Assalamualaikum & hi. Ok, this time I feel like writing in English. 🤪


I want to share a video of me teaching my Year 2 students about the correct posture in singing.

So, there are 2 types of singing posture.
1. Singing posture while standing
2. Singing posture while sitting


First, I make them look through the textbook. Let them go through the topic that we will be teaching them. Then, we can start asking them questions.

Questions:

1. “Apa tajuk hari ini?”
2. “Ada berapa jenis postur menyanyi?”
3. “Ada berapa ciri-ciri ketika mengamalkan postur menyanyi yang betul?”




Make the children show us the correct posture of singing while standing by demonstrating. When they practice it, they will tend to remember it easier.

Pastikan murid-murid mendemonstrasikan postur nyanyian berdiri dan duduk dengan tepat. Murid-murid akan mengingatinya jika mereka melakukannya dan bukan sahaja pada teori.




In the video, for the singing posture while sitting, I made them demonstrate and try the correct posture 1 by 1 using a stool because I don’t have chairs in my music room. I want to have to space so that it will be easier to do movements during lessons.

Dalam video saya ini, saya telah meminta murid-murid untuk cuba mengamalkan postur nyanyian duduk di hadapan kelas dengan menggunakan bangku. Saya tidak menyediakan kerusi di bilik muzik kerana saya lebih suka jika bilik muzik adalah lapang supaya lebih senang untuk menjalankan aktiviti pergerakan kreatif.




Make sure to always ask them what are the correct way of singing during music classes. This will be an ongoing lesson because we sing almost everyday during classes. So, teachers are reminded to always check on their postures while sitting nor standing whether they are in music class or at the school assembly.

Guru-guru diingatkan untuk selalu memastikan murid-murid mengamalkan postur menyanyi ketika duduk mahupun berdiri tidak kira sama ada pada kelas muzik ataupun ketika perhimpunan sekolah dijalankan. Ini akan dijadikan satu pengajaran yang berterusan sehingga semua murid dapat mengamalkan postur menyanyi yang betul tanpa ditegur oleh guru.



Berikut merupakan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya.





Terima kasih kerana membaca blog saya dan menonton video-video saya. Semoga dapat membantu serba sedikit berkenaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Wednesday 6 February 2019

Pendidikan Kesenian (Muzik) Tahun 2: Kami Suka Sayur (Tempo: Cepat & Lambat)

Pendidikan Kesenian (Muzik)
Tahun: Tahun 2
Lagu: “Kami Suka Sayur”
Bidang/Fokus: Tempo - Cepat & Lambat

“Kami Suka Sayur” merupakan lagu pertama dalam Buku Teks Pendidikan Kesenian Tahun 2.

Pastikan murid-murid telah hadam lagu “Kami Suka Sayur” sebelum membuat aktiviti pergerakan untuk tempo.

Saya lebih gemar memainkan lagu menggunakan kibod kerana saya dapat mengawal tempo lagu tersebut. Murid juga akan berasa kagum apabila seseorang guru itu dapat memainkan alat muzik ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Murid-murid diminta menyanyikan lagu “Kami Suka Sayur” mengikut tempo lagu yang dimainkan oleh guru. Pastikan tempo ditukarkan apabila lagu habis ataupun ditukarkan secara tiba-tiba. Apabila tempo lagu ditukarkan secara tiba-tiba, murid-murid akan menjadi lebih berwaspada.

Berikut merupakan link video di mana saya telah menjalankan aktiviti tempo bersama murid-murid Tahun 2 saya.



Diharapkan saya dapat membantu anda semua. Goodluck & have fun!

Remember, music is always fun!

Tuesday 5 February 2019

Pendidikan Kesenian (Muzik) KSSR Tahun 1: Nyanyian & Pergerakan: Salam Sejahtera

Pendidikan Kesenian (Muzik)
Tahun: Tahun 1
Bidang/Fokus: Nyanyian & Pergerakan


Berikut merupakan langkah-langkah saya mengajar anak murid Tahun 1 saya menyanyi bersama lagu “Salam Sejahtera”.

Langkah-langkah:
1. Guru akan membacakan lirik baris demi baris. Murid-murid akan mengikut sebutan guru. Pastikan sebutan adalah tepat & jelas.

2. Guru akan memasangkan lagu. Murid-murid diminta mendengar lagu dengan baik.

3. Guru akan menyanyikan lagu baris demi baris. Murid-murid akan mengikut nyanyian guru baris demi baris. Pastikan murid-murid menyanyikan lagu pada pic yang tepat.

4. Guru akan membuat pergerakan sambil menyanyikan lirik baris demi baris. Murid-murid diminta mengikut pergerakan guru sambil menyanyikan lagu baris demi baris pada pic yang tepat.

Berikut merupakan link kepada video bagaimana cara saya mengajar murid-murid saya menggunakan keempat-empat langkah di atas.



Tekan link di bawah untuk melihat video saya mengajar murid Tahun 1 saya membuat pergerakan sahaja dahulu sebelum mereka mula menyanyi.


Saya juga telah meminta mereka tunduk selepas nyanyian untuk membiasakan mereka dengan etika selepas membuat pesembahan.

Saya juga telah memberi mereka peluang untuk menepuk tangan setelah lagu berakhir. Menepuk tangan merupakan salah satu cara untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri setelah berjaya membuat pergerakan dengan baik.

Tekan link di bawah untuk melihat hasil nyanyian lagu “Salam Sejahtera” bersama pergerakan.



Saya berharap video-video ini dapat membantu anda.

Thank you for reading. Thank you for following.

Good luck & have fun!


Friday 1 February 2019

Yamaha Music Time

YAMAHA MUSIC TIME (KEYBOARD) is a programme for the primary schools in Malaysia.

All you have to do is teach your students how to play the keyboard by following the module given by YAMAHA. There will be 3 books which is Book One, Book Two & Book Three.

YAMAHA is currently looking for schools around KUALA LUMPUR & SELANGOR!

Make sure:
1. Enrolment of students are more than 600 pupils.
2. Headmaster allows the school to be a part of this programme.
3. A teacher who is willing to teach. (Courses for teachers will be given)
4. A music room or any room which is safe to store 11 YAMAHA keyboards.

Provided by YAMAHA:
1. 1 teachers keyboard (PSR model)
2. 10 students keyboard

Students got to buy their Book 1,2,3. A book is RM10.00.

Make sure to prepare extension wires too.

There will be competition every end of the year. From state level to nationals. Competition will be divided into 2 categories. Level 1 (Tahap 1) & Level 2 (Tahap 2).

Interested? Contact the person in charge for YAMAHA Music Time, Nur Jihan Nadiah at 0194154287