Tuesday, 5 February 2019

Pendidikan Kesenian (Muzik) KSSR Tahun 1: Nyanyian & Pergerakan: Salam Sejahtera

Pendidikan Kesenian (Muzik)
Tahun: Tahun 1
Bidang/Fokus: Nyanyian & Pergerakan


Berikut merupakan langkah-langkah saya mengajar anak murid Tahun 1 saya menyanyi bersama lagu “Salam Sejahtera”.

Langkah-langkah:
1. Guru akan membacakan lirik baris demi baris. Murid-murid akan mengikut sebutan guru. Pastikan sebutan adalah tepat & jelas.

2. Guru akan memasangkan lagu. Murid-murid diminta mendengar lagu dengan baik.

3. Guru akan menyanyikan lagu baris demi baris. Murid-murid akan mengikut nyanyian guru baris demi baris. Pastikan murid-murid menyanyikan lagu pada pic yang tepat.

4. Guru akan membuat pergerakan sambil menyanyikan lirik baris demi baris. Murid-murid diminta mengikut pergerakan guru sambil menyanyikan lagu baris demi baris pada pic yang tepat.

Berikut merupakan link kepada video bagaimana cara saya mengajar murid-murid saya menggunakan keempat-empat langkah di atas.



Tekan link di bawah untuk melihat video saya mengajar murid Tahun 1 saya membuat pergerakan sahaja dahulu sebelum mereka mula menyanyi.


Saya juga telah meminta mereka tunduk selepas nyanyian untuk membiasakan mereka dengan etika selepas membuat pesembahan.

Saya juga telah memberi mereka peluang untuk menepuk tangan setelah lagu berakhir. Menepuk tangan merupakan salah satu cara untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri setelah berjaya membuat pergerakan dengan baik.

Tekan link di bawah untuk melihat hasil nyanyian lagu “Salam Sejahtera” bersama pergerakan.



Saya berharap video-video ini dapat membantu anda.

Thank you for reading. Thank you for following.

Good luck & have fun!


No comments:

Post a Comment