Showing posts with label Detik. Show all posts
Showing posts with label Detik. Show all posts

Wednesday, 21 August 2019

Pendidikan Kesenian Muzik Tahun 2: Tembikar Cantik (Detik & Pergerakan) Menggunakan Pensel

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya bergerak mengikut detik lagu “Tembikar Cantik”.





Ini merupakan turutan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran saya:
1. Membaca lirik.
2. Menyanyikan lagu baris demi baris kemudian nyanyikan keseluruhan lagu.
3. Menepuk tangan mengikut detik lagu.
4. Mengambil pensel dan cari kawan. (Berpasangan)
5. Mengetuk pe sek kawan mengikut detik lagu (8 kali).
6. Kawad sambil bertukar kawan. (8 kali)


Aktiviti yang dijalankan dalam video ini ialah murid-murid saya yang berada di kelas depan. Pendekatan adalah berdasarkan tahap murid. Jika murid dari kelas lemah, saya akan mengambil masa yang lebih lama untuk memastikan mereka dapat melakukan aktiviti dengan baik.



Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

Tuesday, 13 August 2019

Pendidikan Kesenian Muzik Tahun 2: Tembikar Cantik (Detik & Pergerakan)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya bergerak mengikut detik lagu “Tembikar Cantik”.





Ini merupakan cara saya mengajar di mana murid:
1. Membaca lirik.
2. Menyanyikan lagu.
3. Menepuk tangan mengikut detik lagu.
4. Mengambil pensel dan cari kawan. (Berpasangan)
5. Mengetuk pensel kawan mengikut detik lagu (8 kali).
6. Kawad sambil bertukar kawan. (8 kali)


Langkah-langkah ini dijalankan pada murid-murid yang berada di kelas belakang. Pendekatan adalah berdasarkan tahap murid. Jika murid dari kelas lemah, saya akan mengambil masa yang lebih lama untuk memastikan mereka dapat melakukan aktiviti dengan baik.



Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

Monday, 25 February 2019

BORANG PENILAIAN PENDIDIKAN KESENIAN (MUZIK) TAHUN 3: DETIK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi cara saya menilai murid saya.

Di sekolah saya, saya tidak menjalankan ujian bertulis. Jadi, saya telah menghasilkan borang penilaian untuk amali. 

Berikut merupakan cara saya menilai mereka.

Ini merupakan borang penilaian dalam bentuk Microsoft Words

 Sila klik link ini untuk mendapatkan dokumen dalam bentuk Microsoft Words.


Ini merupakan borang penilaian dalam bentuk Microsoft Excel.
 Sila klik link ini untuk mendapatkan dokumen dalam bentuk Microsoft Excel.

Berikut adalah contoh saya mengisi penilaian saya dari segi pemerhatian ketika pdp dijalankan.

Anda boleh menggunakan borang yang sama untuk mana-mana Tahun dan tajuk lagu. Hanya perlu tukarkan tajuknya.

Semoga saya dapat membantu anda. 

Terima kasih kerana membaca.

Pendidikan Kesenian (Muzik) Tahun 3: Nyanyian & Tepukan Detik “Kita Satu Keluarga”

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 3 saya menyanyikan lagu “Kita Satu Keluarga” sambil menepuk detik.



Untuk pengetahuan anda, saya telah menggabungkan 2 kelas Tahun 3 yang terdiri daripada kelas pertama dan kelas terakhir. Pdp menjadi lebih mencabar kerana jumlah murid adalah dua kali ganda dan tahap kedua-dua kelas adalah sangat berbeza. 



Tidak semua murid dapat menepuk atau bergerak mengikut detik pada tempo yang konsisten. Walau bagaimanapun, kemahiran ini mengambil masa jika seseorang itu tidak dapat merasakan detik. Jangan putus asa, biarkan mereka terus mencuba.


Saya juga mula menilai murid ketika pdp ini.
PENILAIAN
1. Nyanyian (sama ada murid boleh menyanyi pada pic yang tepat)
2. Detik (sama ada murid boleh menepuk detik lagu dengan tempo yang konsisten)


Bagaimana saya menilai mereka?
SECARA PEMERHATIAN


Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.