Showing posts with label Nyanyian & Pergerakan. Show all posts
Showing posts with label Nyanyian & Pergerakan. Show all posts

Monday, 9 September 2019

Pendidikan Kesenian Muzik Tahun 3: Boneka (Nyanyian)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 3 saya menyanyikan lagu "Boneka" sambil membuat pergerakan kreatif.






Ini merupakan turutan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran saya:
1. Membaca lirik.
2. Menyanyikan lagu baris demi baris kemudian nyanyikan keseluruhan lagu.
3. Membuat pergerakan kreatif.
4. Menyanyikan lagu "Boneka" sambil membuat pergerakan kreatif.


Murid-murid kelas saya ini sangat meminati muzik. Mereka bukanlah murid kelas pertama tetapi mereka sangat kreatif dan ekspresif jika terlibat dalam apa-apa aktiviti muzikal. 



Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

Wednesday, 21 August 2019

Pendidikan Kesenian Muzik Tahun 2: Tembikar Cantik (Detik & Pergerakan) Menggunakan Pensel

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya bergerak mengikut detik lagu “Tembikar Cantik”.





Ini merupakan turutan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran saya:
1. Membaca lirik.
2. Menyanyikan lagu baris demi baris kemudian nyanyikan keseluruhan lagu.
3. Menepuk tangan mengikut detik lagu.
4. Mengambil pensel dan cari kawan. (Berpasangan)
5. Mengetuk pe sek kawan mengikut detik lagu (8 kali).
6. Kawad sambil bertukar kawan. (8 kali)


Aktiviti yang dijalankan dalam video ini ialah murid-murid saya yang berada di kelas depan. Pendekatan adalah berdasarkan tahap murid. Jika murid dari kelas lemah, saya akan mengambil masa yang lebih lama untuk memastikan mereka dapat melakukan aktiviti dengan baik.



Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

Tuesday, 13 August 2019

Pendidikan Kesenian Muzik Tahun 2: Tembikar Cantik (Detik & Pergerakan)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya bergerak mengikut detik lagu “Tembikar Cantik”.





Ini merupakan cara saya mengajar di mana murid:
1. Membaca lirik.
2. Menyanyikan lagu.
3. Menepuk tangan mengikut detik lagu.
4. Mengambil pensel dan cari kawan. (Berpasangan)
5. Mengetuk pensel kawan mengikut detik lagu (8 kali).
6. Kawad sambil bertukar kawan. (8 kali)


Langkah-langkah ini dijalankan pada murid-murid yang berada di kelas belakang. Pendekatan adalah berdasarkan tahap murid. Jika murid dari kelas lemah, saya akan mengambil masa yang lebih lama untuk memastikan mereka dapat melakukan aktiviti dengan baik.



Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

Tuesday, 9 July 2019

Pendidikan Kesenian (Muzik) Tahun 2: Nyanyian Lagu "Burung Kenek-kenek" 2E

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya menyanyikan lagu “Burunglah Kenek-kenek” sambil membuat pergerakan kreatif berdasarkan lirik.





Kord asal lagu ini adalah F Major. Saya telah menggunakan kord C Major untuk nyanyian lagu ini kerana nada kord F Major adalah terlalu tinggi untuk mereka.



Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

Monday, 18 March 2019

Pendidikan Kesenian (Muzik) Tahun 2: Nyanyian: “Main Gasing”

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya menyanyikan lagu “Main Gasing”.



Lagu ini adalah pendek dan mudah diajar.

1. Lagu ini bermula dengan upbeat.

2. Lagu ini dapat mencapai objektifnya jika murid menyanyikan pada tempo yang konsisten.

Kelas ini merupakan kelas terbaik daripada 4 kelas yang telah saya mengajar. Mereka juga didapati menyukakan lagu ini. Jarang sekali murid-murid saya akan mengeluarkan statement “Lagu ini boring”.

Pastikan guru menyelit pergerakan kreatif supaya mereka dapat bergerak sambil menyanyi supaya tidak bosan.


Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

Tuesday, 5 February 2019

Pendidikan Kesenian (Muzik) KSSR Tahun 1: Nyanyian & Pergerakan: Salam Sejahtera

Pendidikan Kesenian (Muzik)
Tahun: Tahun 1
Bidang/Fokus: Nyanyian & Pergerakan


Berikut merupakan langkah-langkah saya mengajar anak murid Tahun 1 saya menyanyi bersama lagu “Salam Sejahtera”.

Langkah-langkah:
1. Guru akan membacakan lirik baris demi baris. Murid-murid akan mengikut sebutan guru. Pastikan sebutan adalah tepat & jelas.

2. Guru akan memasangkan lagu. Murid-murid diminta mendengar lagu dengan baik.

3. Guru akan menyanyikan lagu baris demi baris. Murid-murid akan mengikut nyanyian guru baris demi baris. Pastikan murid-murid menyanyikan lagu pada pic yang tepat.

4. Guru akan membuat pergerakan sambil menyanyikan lirik baris demi baris. Murid-murid diminta mengikut pergerakan guru sambil menyanyikan lagu baris demi baris pada pic yang tepat.

Berikut merupakan link kepada video bagaimana cara saya mengajar murid-murid saya menggunakan keempat-empat langkah di atas.



Tekan link di bawah untuk melihat video saya mengajar murid Tahun 1 saya membuat pergerakan sahaja dahulu sebelum mereka mula menyanyi.


Saya juga telah meminta mereka tunduk selepas nyanyian untuk membiasakan mereka dengan etika selepas membuat pesembahan.

Saya juga telah memberi mereka peluang untuk menepuk tangan setelah lagu berakhir. Menepuk tangan merupakan salah satu cara untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri setelah berjaya membuat pergerakan dengan baik.

Tekan link di bawah untuk melihat hasil nyanyian lagu “Salam Sejahtera” bersama pergerakan.



Saya berharap video-video ini dapat membantu anda.

Thank you for reading. Thank you for following.

Good luck & have fun!