A platform where ideas & experiences are being shared not forgetting a collection of teaching aids and materials that could assist musical lessons in & out of the classroom from the net & self-production. The materials here are for free. Any use for monetary gains is strictly prohibited. Please do not crop or delete my tag: musicteacherkingnadiah Do e-mail me for any inquiries at musicteacherkingnadiah@gmail.com
Showing posts with label Pendidikan Kesenian Muzik Tahun 2. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan Kesenian Muzik Tahun 2. Show all posts
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya bergerak mengikut detik lagu “Tembikar Cantik”.
Ini merupakan turutan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran saya:
1. Membaca lirik.
2. Menyanyikan lagu baris demi baris kemudian nyanyikan keseluruhan lagu.
3. Menepuk tangan mengikut detik lagu.
4. Mengambil pensel dan cari kawan. (Berpasangan)
5. Mengetuk pe sek kawan mengikut detik lagu (8 kali).
6. Kawad sambil bertukar kawan. (8 kali)
Aktiviti yang dijalankan dalam video ini ialah murid-murid saya yang berada di kelas depan. Pendekatan adalah berdasarkan tahap murid. Jika murid dari kelas lemah, saya akan mengambil masa yang lebih lama untuk memastikan mereka dapat melakukan aktiviti dengan baik.
Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya bergerak mengikut detik lagu “Tembikar Cantik”.
Ini merupakan cara saya mengajar di mana murid:
1. Membaca lirik.
2. Menyanyikan lagu.
3. Menepuk tangan mengikut detik lagu.
4. Mengambil pensel dan cari kawan. (Berpasangan)
5. Mengetuk pensel kawan mengikut detik lagu (8 kali).
6. Kawad sambil bertukar kawan. (8 kali)
Langkah-langkah ini dijalankan pada murid-murid yang berada di kelas belakang. Pendekatan adalah berdasarkan tahap murid. Jika murid dari kelas lemah, saya akan mengambil masa yang lebih lama untuk memastikan mereka dapat melakukan aktiviti dengan baik.
Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya menyanyikan lagu “Burunglah Kenek-kenek” sambil membuat pergerakan kreatif berdasarkan lirik.
Kord asal lagu ini adalah F Major. Saya telah menggunakan kord C Major untuk nyanyian lagu ini kerana nada kord F Major adalah terlalu tinggi untuk mereka. Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya menyanyikan lagu “Main Gasing”.
Lagu ini adalah pendek dan mudah diajar.
1. Lagu ini bermula dengan upbeat.
2. Lagu ini dapat mencapai objektifnya jika murid menyanyikan pada tempo yang konsisten.
Kelas ini merupakan kelas terbaik daripada 4 kelas yang telah saya mengajar. Mereka juga didapati menyukakan lagu ini. Jarang sekali murid-murid saya akan mengeluarkan statement “Lagu ini boring”.
Pastikan guru menyelit pergerakan kreatif supaya mereka dapat bergerak sambil menyanyi supaya tidak bosan.
Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya menepuk 2 buah corak irama mudah.
Kelas ini merupakan salah satu kelas yang agak lemah tetapi dengan menggunakan kad imbasan seperti ini, mereka dapat memahami corak irama dengan lebih baik.
Saya berasa teruja dengan kumpulan ini kerana mereka dapat menghasilkan 2 corak irama menggunakan kad imbasan secara berkumpulan dengan tepat berdasarkan sebutan.
Untuk permulaan, saya hanya akan memperkenalkan not krocet & kuaver supaya mereka dapat mengenal pasti dan membezakan nilai not ini dengan lebih baik sebelum saya memperkenalkan nilai-nilai notasi yang lain.
Ok, hari ini saya nak kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya mengenali corak irama serta menepuknya dengan menggunakan kad imbasan buatan sendiri.
Kelas ini merupakan salah satu kelas yang agak lemah tetapi dengan menggunakan kad imbasan seperti ini, mereka dapat memahami corak irama dengan lebih baik. Saya juga menggunakan teknik pengajaran Kodaly dengan menggunakan sebutan "ta", "ti-ti" dan "sa". Murid dapat memahami corak irama dengan lebih mudah dengan menggunakan sebutan ini. Saya tidak menekankan penggunaan nama-nama not kerana ini akan memeningkan mereka. Walau bagaimanapun, kita boleh memperkenalkan dan mengingatkan mereka nama-nama not tersebut. krocet bunyinya "ta" 2 kuaver bunyinya "ti-ti" tanda rehat krocet bunyinya "sa" atau "ssshhhhh" minim bunyinya "ta-aa" semibrif bunyinya "ta-aa-aa-aa"
Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya nak kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya menyanyikan 2 buah lagu iaitu lagu “Riang Menyanyi” dan "Kami Suka Sayur".
Murid-murid telah berjaya menyanyikan lagu "Riang Menyanyi". Jadi, saya terus masuk kepada lagu pertama mereka iaitu "Kami Suka Sayur".
Seperti yang saya katakan sebelum ini, mengajar menyanyi menggunakan alat muzik adalah lebih mudah daripada menggunakan CD mahupun audio kerana kita dapat mengawal perjalanan lagu dan tempo.
Semoga saya dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.
Matapelajaran: Pendidikan Kesenian (Muzik)
Sukatan: KSSR
Tahun: Tahun 2
Bidang: Nyanyian & Postur
Fokus: Postur
Lagu: Riang Menyanyi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya nak kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya belajar menyanyikan lagu “Riang Menyanyi”.
Video ini menunjukkan langkah-langkah mengajar menyanyi seperti di bawah:
1. Guru membaca lirik baris demi baris. Murid mengajuk bacaan guru dengan irama yang sama.
2. Guru menyanyikan lagu baris demi baris. Murid mengajuk nyanyian guru dengan pic yang tepat.
3. Guru meminta murid menyanyikan lagu bersama iringan keyboard.
Sila ambil masa ketika mengajar sebuah lagu baru. Pastikan murid-murid sudah sebati dengan lagu yang dipelajari. Ini akan memudahkan pengajaran seterusnya dengan menggunakan lagu yang sama. Jika murid-murid masih teragak-agak dengan melodi lagu yang hendak dinyanyikan, ini akan mengganggu koordinasi mereka sekiranya guru ingin melakukan aktiviti menepuk detik dan sebagainya.
Berikut merupakan video saya:
Semoga saya dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.
Pendidikan Kesenian (Muzik)
Tahun: Tahun 2
Bidang/Fokus: Postur Nyanyian (Berdiri & Duduk)
Assalamualaikum & hi. Ok, this time I feel like writing in English. 🤪
I want to share a video of me teaching my Year 2 students about the correct posture in singing.
So, there are 2 types of singing posture.
1. Singing posture while standing
2. Singing posture while sitting
First, I make them look through the textbook. Let them go through the topic that we will be teaching them. Then, we can start asking them questions.
Questions:
1. “Apa tajuk hari ini?”
2. “Ada berapa jenis postur menyanyi?”
3. “Ada berapa ciri-ciri ketika mengamalkan postur menyanyi yang betul?”
Make the children show us the correct posture of singing while standing by demonstrating. When they practice it, they will tend to remember it easier.
Pastikan murid-murid mendemonstrasikan postur nyanyian berdiri dan duduk dengan tepat. Murid-murid akan mengingatinya jika mereka melakukannya dan bukan sahaja pada teori.
In the video, for the singing posture while sitting, I made them demonstrate and try the correct posture 1 by 1 using a stool because I don’t have chairs in my music room. I want to have to space so that it will be easier to do movements during lessons.
Dalam video saya ini, saya telah meminta murid-murid untuk cuba mengamalkan postur nyanyian duduk di hadapan kelas dengan menggunakan bangku. Saya tidak menyediakan kerusi di bilik muzik kerana saya lebih suka jika bilik muzik adalah lapang supaya lebih senang untuk menjalankan aktiviti pergerakan kreatif.
Make sure to always ask them what are the correct way of singing during music classes. This will be an ongoing lesson because we sing almost everyday during classes. So, teachers are reminded to always check on their postures while sitting nor standing whether they are in music class or at the school assembly.
Guru-guru diingatkan untuk selalu memastikan murid-murid mengamalkan postur menyanyi ketika duduk mahupun berdiri tidak kira sama ada pada kelas muzik ataupun ketika perhimpunan sekolah dijalankan. Ini akan dijadikan satu pengajaran yang berterusan sehingga semua murid dapat mengamalkan postur menyanyi yang betul tanpa ditegur oleh guru.
Berikut merupakan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya.
Terima kasih kerana membaca blog saya dan menonton video-video saya. Semoga dapat membantu serba sedikit berkenaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pendidikan Kesenian (Muzik)
Tahun: Tahun 2
Lagu: “Kami Suka Sayur”
Bidang/Fokus: Tempo - Cepat & Lambat
“Kami Suka Sayur” merupakan lagu pertama dalam Buku Teks Pendidikan Kesenian Tahun 2.
Pastikan murid-murid telah hadam lagu “Kami Suka Sayur” sebelum membuat aktiviti pergerakan untuk tempo.
Saya lebih gemar memainkan lagu menggunakan kibod kerana saya dapat mengawal tempo lagu tersebut. Murid juga akan berasa kagum apabila seseorang guru itu dapat memainkan alat muzik ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Murid-murid diminta menyanyikan lagu “Kami Suka Sayur” mengikut tempo lagu yang dimainkan oleh guru. Pastikan tempo ditukarkan apabila lagu habis ataupun ditukarkan secara tiba-tiba. Apabila tempo lagu ditukarkan secara tiba-tiba, murid-murid akan menjadi lebih berwaspada.
Berikut merupakan link video di mana saya telah menjalankan aktiviti tempo bersama murid-murid Tahun 2 saya.
Diharapkan saya dapat membantu anda semua. Goodluck & have fun!