Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya menepuk 2 buah corak irama mudah.
Kelas ini merupakan salah satu kelas yang agak lemah tetapi dengan menggunakan kad imbasan seperti ini, mereka dapat memahami corak irama dengan lebih baik.
Saya berasa teruja dengan kumpulan ini kerana mereka dapat menghasilkan 2 corak irama menggunakan kad imbasan secara berkumpulan dengan tepat berdasarkan sebutan.
Untuk permulaan, saya hanya akan memperkenalkan not krocet & kuaver supaya mereka dapat mengenal pasti dan membezakan nilai not ini dengan lebih baik sebelum saya memperkenalkan nilai-nilai notasi yang lain.
Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.
No comments:
Post a Comment