Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ok, hari ini saya nak kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya mengenali corak irama serta menepuknya dengan menggunakan kad imbasan buatan sendiri.
Kelas ini merupakan salah satu kelas yang agak lemah tetapi dengan menggunakan kad imbasan seperti ini, mereka dapat memahami corak irama dengan lebih baik.
Saya juga menggunakan teknik pengajaran Kodaly dengan menggunakan sebutan "ta", "ti-ti" dan "sa". Murid dapat memahami corak irama dengan lebih mudah dengan menggunakan sebutan ini. Saya tidak menekankan penggunaan nama-nama not kerana ini akan memeningkan mereka. Walau bagaimanapun, kita boleh memperkenalkan dan mengingatkan mereka nama-nama not tersebut.
krocet bunyinya "ta"
2 kuaver bunyinya "ti-ti"
tanda rehat krocet bunyinya "sa" atau "ssshhhhh"
minim bunyinya "ta-aa"
semibrif bunyinya "ta-aa-aa-aa"

Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.
No comments:
Post a Comment