Monday 9 September 2019

Pendidikan Kesenian Muzik Tahun 3: Boneka (Nyanyian)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 3 saya menyanyikan lagu "Boneka" sambil membuat pergerakan kreatif.






Ini merupakan turutan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran saya:
1. Membaca lirik.
2. Menyanyikan lagu baris demi baris kemudian nyanyikan keseluruhan lagu.
3. Membuat pergerakan kreatif.
4. Menyanyikan lagu "Boneka" sambil membuat pergerakan kreatif.


Murid-murid kelas saya ini sangat meminati muzik. Mereka bukanlah murid kelas pertama tetapi mereka sangat kreatif dan ekspresif jika terlibat dalam apa-apa aktiviti muzikal. 



Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.