Wednesday 21 August 2019

Pendidikan Kesenian Muzik Tahun 2: Tembikar Cantik (Detik & Pergerakan) Menggunakan Pensel

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya bergerak mengikut detik lagu “Tembikar Cantik”.





Ini merupakan turutan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran saya:
1. Membaca lirik.
2. Menyanyikan lagu baris demi baris kemudian nyanyikan keseluruhan lagu.
3. Menepuk tangan mengikut detik lagu.
4. Mengambil pensel dan cari kawan. (Berpasangan)
5. Mengetuk pe sek kawan mengikut detik lagu (8 kali).
6. Kawad sambil bertukar kawan. (8 kali)


Aktiviti yang dijalankan dalam video ini ialah murid-murid saya yang berada di kelas depan. Pendekatan adalah berdasarkan tahap murid. Jika murid dari kelas lemah, saya akan mengambil masa yang lebih lama untuk memastikan mereka dapat melakukan aktiviti dengan baik.



Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

Tuesday 13 August 2019

Pendidikan Kesenian Muzik Tahun 2: Tembikar Cantik (Detik & Pergerakan)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya bergerak mengikut detik lagu “Tembikar Cantik”.





Ini merupakan cara saya mengajar di mana murid:
1. Membaca lirik.
2. Menyanyikan lagu.
3. Menepuk tangan mengikut detik lagu.
4. Mengambil pensel dan cari kawan. (Berpasangan)
5. Mengetuk pensel kawan mengikut detik lagu (8 kali).
6. Kawad sambil bertukar kawan. (8 kali)


Langkah-langkah ini dijalankan pada murid-murid yang berada di kelas belakang. Pendekatan adalah berdasarkan tahap murid. Jika murid dari kelas lemah, saya akan mengambil masa yang lebih lama untuk memastikan mereka dapat melakukan aktiviti dengan baik.



Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

Sunday 4 August 2019

Pendidikan Kesenian Muzik Tahun 3: Ensemble Lagu “Selamat Malam”

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 3 saya membuat persembahan mini di dalam kelas secara ensemble lagu “Selamat Malam” menggunakan rekoder, kastanet & kerincing.



Ini merupakan cara saya mengajar di mana murid:
1. Mengulang kaji nyanyian lagu “Selamat Malam”.
2. Membacakan notasi not-not rekoder.
4. Melakukan penjarian notasi rekoder.
5. Memainkan melodi lagu menggunakan rekoder.
6. Memperkenalkan alat perkusi kastanet dan cara permainannya.
7. Memperkenalkan alat perkusi kerincing dan cara permainannya.
8. Murid-murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dan melakukan persembahan.


Langkah-langkah ini dijalankan pada murid-murid yang berada di kelas pertama. Pendekatan adalah berdasarkan tahap murid. Jika murid dari kelas lemah, saya akan mengambil masa yang lebih lama untuk memastikan mereka dapat memainkan dengan baik.



Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.