Showing posts with label Tahun 3. Show all posts
Showing posts with label Tahun 3. Show all posts

Monday, 9 September 2019

Pendidikan Kesenian Muzik Tahun 3: Boneka (Nyanyian)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 3 saya menyanyikan lagu "Boneka" sambil membuat pergerakan kreatif.






Ini merupakan turutan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran saya:
1. Membaca lirik.
2. Menyanyikan lagu baris demi baris kemudian nyanyikan keseluruhan lagu.
3. Membuat pergerakan kreatif.
4. Menyanyikan lagu "Boneka" sambil membuat pergerakan kreatif.


Murid-murid kelas saya ini sangat meminati muzik. Mereka bukanlah murid kelas pertama tetapi mereka sangat kreatif dan ekspresif jika terlibat dalam apa-apa aktiviti muzikal. 



Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

Sunday, 4 August 2019

Pendidikan Kesenian Muzik Tahun 3: Ensemble Lagu “Selamat Malam”

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 3 saya membuat persembahan mini di dalam kelas secara ensemble lagu “Selamat Malam” menggunakan rekoder, kastanet & kerincing.



Ini merupakan cara saya mengajar di mana murid:
1. Mengulang kaji nyanyian lagu “Selamat Malam”.
2. Membacakan notasi not-not rekoder.
4. Melakukan penjarian notasi rekoder.
5. Memainkan melodi lagu menggunakan rekoder.
6. Memperkenalkan alat perkusi kastanet dan cara permainannya.
7. Memperkenalkan alat perkusi kerincing dan cara permainannya.
8. Murid-murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dan melakukan persembahan.


Langkah-langkah ini dijalankan pada murid-murid yang berada di kelas pertama. Pendekatan adalah berdasarkan tahap murid. Jika murid dari kelas lemah, saya akan mengambil masa yang lebih lama untuk memastikan mereka dapat memainkan dengan baik.



Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

Sunday, 28 July 2019

Pendidikan Kesenian Muzik Tahun 3: Rekoder “Selamat Malam”

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 3 saya memainkan not B, A & G menggunakan rekoder dengan penjarian yang betul dan ton yang baik sambil menyanyikan & mengiringi lagu “Selamat Malam”.





Ini merupakan cara saya mengajar di mana murid:
1. Membaca lirik.
2. Menyanyikan lagu.
3. Membacakan notasi not-not rekoder.
4. Melakukan penjarian notasi rekoder.
5. Memainkan melodi lagu menggunakan rekoder.
6. Menyanyikan 4 bar kemudian memainkan pada rekoder.


Langkah-langkah ini dijalankan pada murid-murid yang berada di kelas pertama. Pendekatan adalah berdasarkan tahap murid. Jika murid dari kelas lemah, saya akan mengambil masa yang lebih lama untuk memastikan mereka dapat memainkan dengan ton yang baik.



Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

Friday, 19 July 2019

Pendidikan Kesenian Muzik Tahun 3: Rekoder Not B & A

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 3 saya memainkan not B & A menggunakan rekoder dengan penjarian yang betul dan ton yang baik.




Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

Monday, 11 March 2019

BORANG PENILAIAN PENDIDIKAN KESENIAN (MUZIK) TAHUN 3: CORAK IRAMA (TEPUK AMAI-AMAI)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi cara saya menilai murid saya.

Di sekolah saya, saya tidak menjalankan ujian bertulis. Jadi, saya telah menghasilkan borang penilaian untuk amali. 

Berikut merupakan cara saya menilai mereka.

Ini merupakan borang penilaian dalam bentuk Microsoft Words



Ini merupakan borang penilaian dalam bentuk Microsoft Excel.
Berikut adalah contoh saya mengisi penilaian saya dari segi pemerhatian ketika pdp dijalankan.

 Sila klik link ini untuk mendapatkan dokumen dalam bentuk Microsoft Excel.


Anda boleh menggunakan borang yang sama untuk mana-mana Tahun dan tajuk lagu. Hanya perlu tukarkan tajuknya.

Semoga saya dapat membantu anda. 

Terima kasih kerana membaca.

Monday, 25 February 2019

BORANG PENILAIAN PENDIDIKAN KESENIAN (MUZIK) TAHUN 3: DETIK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi cara saya menilai murid saya.

Di sekolah saya, saya tidak menjalankan ujian bertulis. Jadi, saya telah menghasilkan borang penilaian untuk amali. 

Berikut merupakan cara saya menilai mereka.

Ini merupakan borang penilaian dalam bentuk Microsoft Words

 Sila klik link ini untuk mendapatkan dokumen dalam bentuk Microsoft Words.


Ini merupakan borang penilaian dalam bentuk Microsoft Excel.
 Sila klik link ini untuk mendapatkan dokumen dalam bentuk Microsoft Excel.

Berikut adalah contoh saya mengisi penilaian saya dari segi pemerhatian ketika pdp dijalankan.

Anda boleh menggunakan borang yang sama untuk mana-mana Tahun dan tajuk lagu. Hanya perlu tukarkan tajuknya.

Semoga saya dapat membantu anda. 

Terima kasih kerana membaca.

Pendidikan Kesenian (Muzik) Tahun 3: Nyanyian & Tepukan Detik “Kita Satu Keluarga”

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 3 saya menyanyikan lagu “Kita Satu Keluarga” sambil menepuk detik.



Untuk pengetahuan anda, saya telah menggabungkan 2 kelas Tahun 3 yang terdiri daripada kelas pertama dan kelas terakhir. Pdp menjadi lebih mencabar kerana jumlah murid adalah dua kali ganda dan tahap kedua-dua kelas adalah sangat berbeza. 



Tidak semua murid dapat menepuk atau bergerak mengikut detik pada tempo yang konsisten. Walau bagaimanapun, kemahiran ini mengambil masa jika seseorang itu tidak dapat merasakan detik. Jangan putus asa, biarkan mereka terus mencuba.


Saya juga mula menilai murid ketika pdp ini.
PENILAIAN
1. Nyanyian (sama ada murid boleh menyanyi pada pic yang tepat)
2. Detik (sama ada murid boleh menepuk detik lagu dengan tempo yang konsisten)


Bagaimana saya menilai mereka?
SECARA PEMERHATIAN


Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

Monday, 18 February 2019

Pendidikan Kesenian (Muzik) Tahun 3: Nyanyian Lagu "Kita Satu Keluarga"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 3 saya menyanyikan lagu “Kita Satu Keluarga”.


Untuk pengetahuan anda, saya telah menggabungkan 2 kelas Tahun 3 yang terdiri daripada kelas pertama dan kelas terakhir. Ini dapat menunjukkan bahawa muzik adalah mudah dan dapat dipelajari oleh semua. Muzik juga merupakan salah satu matapelajaran di mana murid-murid dapat bersuka ria dan bergembira.



Saya telah menyanyikan baris demi baris dan murid-murid diminta mengajuk nyanyian saya.


Kebaikan teknik ini adalah:

1. Mereka dapat menggunakan pendengaran kemudian mengimitasi pic berdasarkan apa yang mereka dengar.

Ini dapat melatih pendengaran mereka. Mereka perlu mendengar mainan melodi pada keyboard dengan peka. Kemudian, mereka perlu nyanyikan berdasarkan apa yang mereka dengar. Tidak semua murid mempunyai kelebihan sebegini. Walau bagaimanapun, skil pendengaran ini boleh diajar dan diasah jika teknik pengajaran ini dilakukan kerap kali.



Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

Saturday, 16 February 2019

Pendidikan Kesenian (Muzik) Tahun 3: “Tut Tut Kereta Api”

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 3 saya menyanyikan lagu “Tut Tut Keretapi”.



Saya telah mengajar lagu ini tanpa mendengarkan keseluruhan lagu kepada mereka. Jadi, saya telah menyanyikan baris demi baris dan murid-murid diminta mengajuk nyanyian saya.

Kebaikan teknik ini adalah mereka dapat menggunakan pendengaran kemudian mengimitasi pic berdasarkan apa yang mereka dengar. Ini dapat melatih pendengaran mereka. Mereka perlu mendengar mainan melodi pada keyboard dengan peka. Kemudian, mereka perlu nyanyikan berdasarkan apa yang mereka dengar. Tidak semua murid mempunyai kelebihan sebegini. Walau bagaimanapun, skil pendengaran ini boleh diajar dan diasah jika teknik pengajaran ini dilakukan kerap kali.



Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.