Sunday, 28 July 2019

Pendidikan Kesenian Muzik Tahun 3: Rekoder “Selamat Malam”

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 3 saya memainkan not B, A & G menggunakan rekoder dengan penjarian yang betul dan ton yang baik sambil menyanyikan & mengiringi lagu “Selamat Malam”.





Ini merupakan cara saya mengajar di mana murid:
1. Membaca lirik.
2. Menyanyikan lagu.
3. Membacakan notasi not-not rekoder.
4. Melakukan penjarian notasi rekoder.
5. Memainkan melodi lagu menggunakan rekoder.
6. Menyanyikan 4 bar kemudian memainkan pada rekoder.


Langkah-langkah ini dijalankan pada murid-murid yang berada di kelas pertama. Pendekatan adalah berdasarkan tahap murid. Jika murid dari kelas lemah, saya akan mengambil masa yang lebih lama untuk memastikan mereka dapat memainkan dengan ton yang baik.



Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

No comments:

Post a Comment