Showing posts with label Kad Imbasan Corak Irama. Show all posts
Showing posts with label Kad Imbasan Corak Irama. Show all posts

Tuesday, 19 February 2019

Kereta Api Corak Irama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya telah menghasilkan "Kereta Api Corak Irama" yang boleh digunakan ketika pdp.

"Kereta Api Corak Irama" ini boleh di cetak dan di laminate kemudian ditampal di bilik muzik untuk digunakan ketika pdp.








Saya berharap kad imbasan ini dapat membantu anda. Saya akan memuat naikkan lagi pada keesokan hari. 

Terima kasih kerana membaca. 


Sunday, 17 February 2019

Kad Imbasan Corak Irama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya telah menerima sebuah permintaan daripada seorang guru muzik untuk menghasilkan kad imbasan corak irama untuk digunakan ketika pdp.

Dengan ini, saya telah menghasilkan beberapa jenis kad imbasan yang boleh digunakan untuk mengajar corak irama di dalam bilik darjah.

Anda hanya perlu mencetakkannya, mengguntingkannya dan laminate supaya ianya tahan lama dan dapat digunakan untuk tempoh masa yang panjang. 

Kad imbasan tanda rehat krocet dengan sebutan "sa" atau menggunakan bunyi "shhh".

Kad imbasan krocet dengan sebutan "ta".

Kad imbasan minim dengan sebutan "taa-aa".


Kad imbasan kuaver dengan sebutan "ti-ti".

Ini merupakan kad-kad imbasan asas yang dapat digunakan ketika mengajar murid-murid Tahun 1 sehingga Tahun 6.


Saya berharap saya telah dapat membantu anda semua.


Terima kasih kerana membaca dan memberi respon terhadap blog saya.