Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 3 saya menyanyikan lagu “Kita Satu Keluarga” sambil menepuk detik.
Untuk pengetahuan anda, saya telah menggabungkan 2 kelas Tahun 3 yang terdiri daripada kelas pertama dan kelas terakhir. Pdp menjadi lebih mencabar kerana jumlah murid adalah dua kali ganda dan tahap kedua-dua kelas adalah sangat berbeza.
Tidak semua murid dapat menepuk atau bergerak mengikut detik pada tempo yang konsisten. Walau bagaimanapun, kemahiran ini mengambil masa jika seseorang itu tidak dapat merasakan detik. Jangan putus asa, biarkan mereka terus mencuba.
Saya juga mula menilai murid ketika pdp ini.
PENILAIAN
1. Nyanyian (sama ada murid boleh menyanyi pada pic yang tepat)
2. Detik (sama ada murid boleh menepuk detik lagu dengan tempo yang konsisten)
Bagaimana saya menilai mereka?
SECARA PEMERHATIAN
SECARA PEMERHATIAN
Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.
No comments:
Post a Comment