Monday, 18 February 2019

Pendidikan Kesenian (Muzik) Tahun 3: Nyanyian Lagu "Kita Satu Keluarga"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 3 saya menyanyikan lagu “Kita Satu Keluarga”.


Untuk pengetahuan anda, saya telah menggabungkan 2 kelas Tahun 3 yang terdiri daripada kelas pertama dan kelas terakhir. Ini dapat menunjukkan bahawa muzik adalah mudah dan dapat dipelajari oleh semua. Muzik juga merupakan salah satu matapelajaran di mana murid-murid dapat bersuka ria dan bergembira.



Saya telah menyanyikan baris demi baris dan murid-murid diminta mengajuk nyanyian saya.


Kebaikan teknik ini adalah:

1. Mereka dapat menggunakan pendengaran kemudian mengimitasi pic berdasarkan apa yang mereka dengar.

Ini dapat melatih pendengaran mereka. Mereka perlu mendengar mainan melodi pada keyboard dengan peka. Kemudian, mereka perlu nyanyikan berdasarkan apa yang mereka dengar. Tidak semua murid mempunyai kelebihan sebegini. Walau bagaimanapun, skil pendengaran ini boleh diajar dan diasah jika teknik pengajaran ini dilakukan kerap kali.



Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

No comments:

Post a Comment