Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 3 saya membuat persembahan mini di dalam kelas secara ensemble lagu “Selamat Malam” menggunakan rekoder, kastanet & kerincing.
Ini merupakan cara saya mengajar di mana murid:
1. Mengulang kaji nyanyian lagu “Selamat Malam”.
2. Membacakan notasi not-not rekoder.
4. Melakukan penjarian notasi rekoder.
5. Memainkan melodi lagu menggunakan rekoder.
6. Memperkenalkan alat perkusi kastanet dan cara permainannya.
7. Memperkenalkan alat perkusi kerincing dan cara permainannya.
8. Murid-murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dan melakukan persembahan.
Langkah-langkah ini dijalankan pada murid-murid yang berada di kelas pertama. Pendekatan adalah berdasarkan tahap murid. Jika murid dari kelas lemah, saya akan mengambil masa yang lebih lama untuk memastikan mereka dapat memainkan dengan baik.
Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.
No comments:
Post a Comment