Thursday 14 February 2019

Pendidikan Muzik KSSR Tahun 5: Kasih Ibu Kasih Ayah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya ingin kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 5 saya menyanyikan lagu “Kasih Ibu Kasih Ayah”.

Saya tidak mengajar Tahap 2 pada tahun ini. Saya telah mendapat relief kelas ini kerana guru Muzik tidak hadir. Jadi, saya telah mengajar mereka menyanyikan lagu “Kasih Ibu Kasih Ayah”.

Saya juga telah memperkenalkan tanda masa 4/4 dan 3/4 kepada mereka kerana lagu ini mempunyai perubahan tanda masa.

Saya tidak menekankan teknik menyanyi kerana saya lebih fokuskan kepada pic nyanyian. Walau bagaimanapun, nada lagu ini adalah agak tinggi untuk mereka. Lagu ini adalah dalam C Major. Saya patut menurunkan nada lagu ini.



Semoga video saya ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

1 comment: