Monday, 11 February 2019

Pendidikan Kesenian (Muzik) Tahun 2: Riang Menyanyi

Matapelajaran: Pendidikan Kesenian (Muzik)
Sukatan: KSSR
Tahun: Tahun 2
Bidang: Nyanyian & Postur
Fokus: Postur
Lagu: Riang Menyanyi


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok, hari ini saya nak kongsikan video saya mengajar murid-murid Tahun 2 saya belajar menyanyikan lagu “Riang Menyanyi”.


Video ini menunjukkan langkah-langkah mengajar menyanyi seperti di bawah:
1. Guru membaca lirik baris demi baris. Murid mengajuk bacaan guru dengan irama yang sama.
2. Guru menyanyikan lagu baris demi baris. Murid mengajuk nyanyian guru dengan pic yang tepat.
3. Guru meminta murid menyanyikan lagu bersama iringan keyboard.


Sila ambil masa ketika mengajar sebuah lagu baru. Pastikan murid-murid sudah sebati dengan lagu yang dipelajari. Ini akan memudahkan pengajaran seterusnya dengan menggunakan lagu yang sama. Jika murid-murid masih teragak-agak dengan melodi lagu yang hendak dinyanyikan, ini akan mengganggu koordinasi mereka sekiranya guru ingin melakukan aktiviti menepuk detik dan sebagainya.


Berikut merupakan video saya:



Semoga saya dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih kerana menonton video-video saya.

No comments:

Post a Comment