Tahun: Tahun 2
Lagu: “Kami Suka Sayur”
Bidang/Fokus: Tempo - Cepat & Lambat
“Kami Suka Sayur” merupakan lagu pertama dalam Buku Teks Pendidikan Kesenian Tahun 2.
Pastikan murid-murid telah hadam lagu “Kami Suka Sayur” sebelum membuat aktiviti pergerakan untuk tempo.
Saya lebih gemar memainkan lagu menggunakan kibod kerana saya dapat mengawal tempo lagu tersebut. Murid juga akan berasa kagum apabila seseorang guru itu dapat memainkan alat muzik ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Murid-murid diminta menyanyikan lagu “Kami Suka Sayur” mengikut tempo lagu yang dimainkan oleh guru. Pastikan tempo ditukarkan apabila lagu habis ataupun ditukarkan secara tiba-tiba. Apabila tempo lagu ditukarkan secara tiba-tiba, murid-murid akan menjadi lebih berwaspada.
Berikut merupakan link video di mana saya telah menjalankan aktiviti tempo bersama murid-murid Tahun 2 saya.
Diharapkan saya dapat membantu anda semua. Goodluck & have fun!
Remember, music is always fun!
Tahniah cgu hebat...
ReplyDeleteTerima kasih! :) Saya cuba yang terbaik!
DeleteKak King chaiyok!
ReplyDelete