Saturday 26 January 2019

Music & Art Exhibition

2016-10-10: 10th October 2016, sempena minggu Panitia Seni & Muzik, kami telah membuat keputusan untuk mempamerkan hasil-hasil seni daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala serta mempamerkan pelbagai jenis alat muzik di dewan sekolah.

Hasil-hasil karya seni murid serta pelbagai jenis alat muzik yang dipamerkan.

Motif Pameran
1. Mempamerkan hasil-hasil seni terbaik murid supaya mereka rasa dihargai.
2. Mempamerkan alat muzik supaya murid dapat mengenal setiap nama alat muzik serta fungsinya.

Penyediaan bahan sebelum dipamerkan.

Setiap alat muzik akan dipamerkan berserta fungsi & teknik permainan yang betul secara lisan.

Alat-alat muzik dipamerkan berserta beberapa info mengenainya.

Alat-alat muzik terdiri daripada alat muzik perkusi, alat muzik bertali, alat muzik tradisional, alat muzik tiup, & juga alat muzik barat.



Murid-murid juga dibenarkan mengambil kesempatan ini untuk mencuba memainkan setiap alat muzik yang terdapat di pameran tersebut.



Setiap murid akan diberikan sehelai kertas yang mengandungi soalan berdasarkan alat-alat muzik yang dipamerkan. Mereka dikehendaki mencari jawapan di dalam kawasan pameran.






No comments:

Post a Comment